-->

Bahasa Melayu Indah

Selamat menimba ilmu. Semoga ilmu yang didapati di blog ini dapat menjadi manfaat buat semua pembaca.

Monday, November 12, 2012

kata kerja aktif

 Pada kali ini, kita akan bersama sama mengupas salah satu komponen penting dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu iaitu pembentukan kata kerja. Kata kerja bermaksud perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. 



Kata Kerja Aktif

Kata kerja aktif merupakan kata kerja yang hadir dalam ayat aktif iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan. 








Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

- Kata kerja yang boleh berdiri sendiri iaitu tidak memerlukan objek atau penyambut. 


a) Adik saya sedang tidur.

b) Semua orang pulang.

c) Mereka makan.


Subjek

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
keterangan
Amir
tidur
dengan nyenyak
Mereka
makan
di restoran


 Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan maklumat tambahan.



Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

- Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.


a) Saya tinggal di Kampung Baru.

b) Keadaan Amira beransur baik.

c) Mereka bermain bola di padang, 


Subjek
Kata kerja tak transitif
pelengkap
Saya
tinggal
di Kampung Baru
Mereka
bermain bola
di padang







Kata Kerja Aktif Transitif

Kata kerja aktif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

a) Posmen itu memasukkan surat itu ke dalam peti surat.

b) Haziq tidak pernah mengabaikan tugasnya.

c) Ibu memasak kari ayam.


Subjek
Kata kerja transitif
objek
Siti
menaiki
bas
Kamal
melukis
gambar


Setakat ini sahaja pembelajaran kita. Pada entri akan datang saya akan menyambung kembali topik tatabahasa dengan mengulas tajuk kata kerja pasif. Semoga ilmu yang didapati daripada entri kali ini dapat mendatangkan faedah kepada para pembaca . Marilah kita sama-sama berusaha bagi memperbetulkan teknik berbahasa dalam kehidupan seharian.



Posted by sitikhadijah at 10:07 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

Unknown said...

Good information but need more of that but good thank you it is usefull too everyone . good luck . never give up.

September 15, 2021 at 9:54 PM
Unknown said...

its use full to everyone nice job.







September 15, 2021 at 9:55 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
BAHASA JIWA BANGSA
2012

cursor

pic post title

Blog Archive

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  November (4)
      • Jenis-jenis ayat :)
      • Definisi kata kerja pasif
      • kata kerja aktif
      • Cabaran bahasa Melayu abad 21

About Me

My photo
sitikhadijah
Telah berkhidmat sebagai guru bahasa Melayu selama 17 tahun.Sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Kirkby International College, Cyberjaya.
View my complete profile
Powered by Blogger.