-->

Bahasa Melayu Indah

Selamat menimba ilmu. Semoga ilmu yang didapati di blog ini dapat menjadi manfaat buat semua pembaca.

Wednesday, November 14, 2012

Jenis-jenis ayat :)

Pembelajaran tatabahasa pada kali ini, saya akan memperkenalkan kepada para pembaca  jenis-jenis ayat yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Melalui jenis ayat, kita dapat membezakan pembentukan atau binaan ayat yang terdapat dalam bahan bacaan. Umumnya, jenis-jenis ayat dapat dibahagikan kepada empat, bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga tujuannya.





AYAT PENYATA







AyAT TANYA










AYAT PERINTAH



klik pada imej untuk saiz yang lebih besar.


klik pada imej untuk saiz yang lebih besar.


AYAT SERUAN




klik pada imej untuk saiz yang lebih besar.





Posted by sitikhadijah at 12:19 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, November 13, 2012

Definisi kata kerja pasif



Apakah Kata kerja pasif ??

Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.


a) Halaman rumah sedang dibersihkan oleh kakak.

b) Surat itu telah saya jawab.

c) Motosikal kesayangan ibu kami baiki.


Buat pengetahuan para pembaca, contoh-contoh ayat tersebut diperoleh dengan menukarkan ayat berbentuk aktif menjadi ayat berbentuk pasif. Malah, salah satu ukuran yang dapat digunakan untuk menentukan sesuatu kerja itu transitif atau tidak adalah dengan melihat sama ada kata kerja itu dapat mengalami proses pasif atau tidak.


Kata kerja transitif  
 (ayat aktif)
Kata kerja transitif 
  (ayat pasif)
mencampakkan
dicampakkan
menggaulkan
kami gaulkan
mengharungi
anda harungi
mengekori
saya harungi
mengaturkan
diaturkan


klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas.


* sumber didapati daripada buku tatabahasa dewan edisi ketiga.






Posted by sitikhadijah at 5:19 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, November 12, 2012

kata kerja aktif

 Pada kali ini, kita akan bersama sama mengupas salah satu komponen penting dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu iaitu pembentukan kata kerja. Kata kerja bermaksud perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. 



Kata Kerja Aktif

Kata kerja aktif merupakan kata kerja yang hadir dalam ayat aktif iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan. 








Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

- Kata kerja yang boleh berdiri sendiri iaitu tidak memerlukan objek atau penyambut. 


a) Adik saya sedang tidur.

b) Semua orang pulang.

c) Mereka makan.


Subjek

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
keterangan
Amir
tidur
dengan nyenyak
Mereka
makan
di restoran


 Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan maklumat tambahan.



Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

- Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.


a) Saya tinggal di Kampung Baru.

b) Keadaan Amira beransur baik.

c) Mereka bermain bola di padang, 


Subjek
Kata kerja tak transitif
pelengkap
Saya
tinggal
di Kampung Baru
Mereka
bermain bola
di padang







Kata Kerja Aktif Transitif

Kata kerja aktif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

a) Posmen itu memasukkan surat itu ke dalam peti surat.

b) Haziq tidak pernah mengabaikan tugasnya.

c) Ibu memasak kari ayam.


Subjek
Kata kerja transitif
objek
Siti
menaiki
bas
Kamal
melukis
gambar


Setakat ini sahaja pembelajaran kita. Pada entri akan datang saya akan menyambung kembali topik tatabahasa dengan mengulas tajuk kata kerja pasif. Semoga ilmu yang didapati daripada entri kali ini dapat mendatangkan faedah kepada para pembaca . Marilah kita sama-sama berusaha bagi memperbetulkan teknik berbahasa dalam kehidupan seharian.



Posted by sitikhadijah at 10:07 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Cabaran bahasa Melayu abad 21

Hari ini saya ingin para pembaca berfikir sejenak dan meneliti tentang cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Umum maklum mengenai kepentingan bahasa Melayu di negara kita, Malaysia. Merujuk Perlembagaan Persekutuan perkara 152, jelas menyatakan mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan malah Laporan Razak turut menegaskan ahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Peranan bahasa Melayu dalam menyatupadukan penduduk berbilang bangsa di Malaysia amat penting kerana melalui bahasa Melayu sistem yang memisahkan jurang antara rakyat dapat dielakkan apabila seluruh rakyat bersatu mengunakan bahasa yang sama dalam komunikasi seharian mereka.


Namun, amat mendukacitakan apabila kini bahasa Melayu semakin hilang indahnya. Ramai yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul terutamanya dalam kalangan belia. Mereka lebih gemar menggunakan bahasa Melayu rojak daripada menggunakan tatabahasa yang betul. Jika hal ini terus dibiarkan , maka bahasa Melayu tidak akan dimartabatkan sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa pemikiran malah bahasa tersebut akan terus dipandang sepi. Kesungguhan untuk memartabatkan bahasa Melayu setanding dengan bahasa lain di dunia, adalah tanggungjawab bersama. Oleh sebab itu, saya dengan berbesar hati akan turut menyediakan beberapa teknik asas dalam mempelajari bahasa Melayu yang betul dengan cara yang lebih menarik dan berkesan untuk difahami dalam entri yang akan datang. Semoga bahasa rojak yang menjadi cabaran kepada bahasa Melayu pada abad yang ke- 21 ini tidak terus menghakis ketulenan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.



Posted by sitikhadijah at 9:45 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
BAHASA JIWA BANGSA
2012

cursor

pic post title

Blog Archive

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  November (4)
      • Jenis-jenis ayat :)
      • Definisi kata kerja pasif
      • kata kerja aktif
      • Cabaran bahasa Melayu abad 21

About Me

My photo
sitikhadijah
Telah berkhidmat sebagai guru bahasa Melayu selama 17 tahun.Sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Kirkby International College, Cyberjaya.
View my complete profile
Powered by Blogger.