Pembelajaran tatabahasa pada kali ini, saya akan memperkenalkan kepada para pembaca jenis-jenis ayat yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Melalui jenis ayat, kita dapat membezakan pembentukan atau binaan ayat yang terdapat dalam bahan bacaan. Umumnya, jenis-jenis ayat dapat dibahagikan kepada empat, bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga tujuannya.
Bahasa Melayu Indah
Selamat menimba ilmu. Semoga ilmu yang didapati di blog ini dapat menjadi manfaat buat semua pembaca.
Wednesday, November 14, 2012
Tuesday, November 13, 2012
Definisi kata kerja pasif
Apakah Kata kerja pasif ??
Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
a) Halaman rumah sedang dibersihkan oleh kakak.
b) Surat itu telah saya jawab.
c) Motosikal kesayangan ibu kami baiki.
Buat pengetahuan para pembaca, contoh-contoh ayat tersebut diperoleh dengan menukarkan ayat berbentuk aktif menjadi ayat berbentuk pasif. Malah, salah satu ukuran yang dapat digunakan untuk menentukan sesuatu kerja itu transitif atau tidak adalah dengan melihat sama ada kata kerja itu dapat mengalami proses pasif atau tidak.
Kata kerja
transitif
(ayat aktif)
|
Kata kerja transitif
(ayat pasif)
|
mencampakkan
|
dicampakkan
|
menggaulkan
|
kami gaulkan
|
mengharungi
|
anda harungi
|
mengekori
|
saya harungi
|
mengaturkan
|
diaturkan
|
klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas. |
* sumber didapati daripada buku tatabahasa dewan edisi ketiga.
Monday, November 12, 2012
kata kerja aktif
Pada kali ini, kita akan bersama sama mengupas salah satu komponen penting dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu iaitu pembentukan kata kerja. Kata kerja bermaksud perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.
Kata Kerja Aktif
Kata kerja aktif merupakan kata kerja yang hadir dalam ayat aktif iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan.
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
- Kata kerja yang boleh berdiri sendiri iaitu tidak memerlukan objek atau penyambut.
a) Adik saya sedang tidur.
b) Semua orang pulang.
c) Mereka makan.
Subjek
|
Kata kerja tak
transitif tanpa pelengkap
|
keterangan
|
Amir
|
tidur
|
dengan nyenyak
|
Mereka
|
makan
|
di restoran
|
Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan maklumat tambahan.
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
- Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
a) Saya tinggal di Kampung Baru.
b) Keadaan Amira beransur baik.
c) Mereka bermain bola di padang,
Subjek
|
Kata kerja tak transitif
|
pelengkap
|
Saya
|
tinggal
|
di Kampung Baru
|
Mereka
|
bermain bola
|
di padang
|
Kata Kerja Aktif Transitif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
b) Haziq tidak pernah mengabaikan tugasnya.
c) Ibu memasak kari ayam.
Subjek
|
Kata kerja transitif
|
objek
|
Siti
|
menaiki
|
bas
|
Kamal
|
melukis
|
gambar
|
Setakat ini sahaja pembelajaran kita. Pada entri akan datang saya akan menyambung kembali topik tatabahasa dengan mengulas tajuk kata kerja pasif. Semoga ilmu yang didapati daripada entri kali ini dapat mendatangkan faedah kepada para pembaca . Marilah kita sama-sama berusaha bagi memperbetulkan teknik berbahasa dalam kehidupan seharian.
Cabaran bahasa Melayu abad 21
Hari ini saya ingin para pembaca berfikir sejenak dan meneliti tentang cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Umum maklum mengenai kepentingan bahasa Melayu di negara kita, Malaysia. Merujuk Perlembagaan Persekutuan perkara 152, jelas menyatakan mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan malah Laporan Razak turut menegaskan ahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Peranan bahasa Melayu dalam menyatupadukan penduduk berbilang bangsa di Malaysia amat penting kerana melalui bahasa Melayu sistem yang memisahkan jurang antara rakyat dapat dielakkan apabila seluruh rakyat bersatu mengunakan bahasa yang sama dalam komunikasi seharian mereka.
Namun, amat mendukacitakan apabila kini bahasa Melayu semakin hilang indahnya. Ramai yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul terutamanya dalam kalangan belia. Mereka lebih gemar menggunakan bahasa Melayu rojak daripada menggunakan tatabahasa yang betul. Jika hal ini terus dibiarkan , maka bahasa Melayu tidak akan dimartabatkan sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa pemikiran malah bahasa tersebut akan terus dipandang sepi. Kesungguhan untuk memartabatkan bahasa Melayu setanding dengan bahasa lain di dunia, adalah tanggungjawab bersama. Oleh sebab itu, saya dengan berbesar hati akan turut menyediakan beberapa teknik asas dalam mempelajari bahasa Melayu yang betul dengan cara yang lebih menarik dan berkesan untuk difahami dalam entri yang akan datang. Semoga bahasa rojak yang menjadi cabaran kepada bahasa Melayu pada abad yang ke- 21 ini tidak terus menghakis ketulenan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)